JKKK amat menghargai para warga emas ini yang mana disuatu ketika dahulu mereka merupakan tulang belakang serta nadi penggerak bagi Kg. Sungai Machang.
Alhamdulillah, rata-rata warga emas yang kami ziarahi berada didalam kesihatan yang memuaskan.
Disebelah hulu kampung pula banjir telah melibatkan hampir 18 buah rumah dimana laluan keluar air ke sungai Semenyih yang sempit dan sungai serta parit yang ada tidak dapat menampung air yang turun dari belakang kampung yang merupakan kawasan bukit. Dikawasan ini banjir mula surut sekitar jam 10.00 malam.
Ahad, 1 Mei 2016 - Satu kejohanan Futsal telah diadakan Di Dataran Dato' Mat Said Rinching yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Kemajuan Mukim, Semenyih.
Ahad, 17 April 2016 - Satu perlawanan bolasepak diantara Veteran Kg. Sg.
Machang dengan Penduduk Taman Semenyih Mewah telah diadakan di padang
bolasepak Kg. Sg. Machang.
Ahad, 17 April 2016 - Satu majlis sambutan "Hari Wanita" telah dianjurkan oleh Biro Wanita, JKKK Kg. Sg. Machang dengan kerjasama Surau Al-Mansuriah telah diadakan di balairaya Kg. Sg. Machang. Dengan tema kali ini "Muslimah, Mukminah, Muslehah", jawatankuasa
sambutan yang diketuai oleh Puan Hazizah Saad mengambil keputusan untuk
meraikan
Syabas diucapkan kepada Biro Wanita kerana ini merupakan sambutan kali kedua diadakan, memandangkan sambutan pada tahun
lalu amat menggalakkan. Alhamdulillah jumlah kehadiran penduduk pada
tahun ini juga amat memberangsangkan dari tahun lalu.
Keputusan perlawanan ini berpihak kepada Kg. Sungai Machang dengan jaringan 5 gol berbalas 4 gol oleh pihak KRT Taman Sri Tanjung. Namun begitu kalah menang bukanlah matlamat bagi perlawanan ini diadakan.
Program ini telah diadakan digelanggang serbaguna Kg. Sg. Machang dan telah mendapat sambutan oleh ahli qariah kampung serta kampung-kampung dan taman-taman sekitar. Turut hadir dalam program ini adalah anak-anak Tahfiz Al-iman dan tetamu kehormat dan perasmi program YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat.