Isnin, 25 Januari 2016

Bicara Agama Bersama Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed

23 Januari 2016 - Surau Al-Mansuriah bersama Biro Agama & Kebajikan JKKK Kg. Sg. Machang telah menganjurkan satu program ilmu "Bicara Agama" yang bertajuk "Kembali Kepada Sunnah Rasullullah" bersama panel jemputan Ustaz Datuk Dr. Haji Zahazan Mohammed. 


Program ini telah diadakan digelanggang  serbaguna Kg. Sg. Machang dan telah mendapat sambutan oleh ahli qariah kampung serta kampung-kampung dan taman-taman sekitar. Turut hadir dalam program ini adalah anak-anak Tahfiz Al-iman dan tetamu kehormat dan perasmi program YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat.

Program yang bermula selepas solat Isyak ini telah dikemudikan oleh Moderator jemputan iaitu Ustaz Zulfadzlan. Program yang berjalan selama lebih kurang satu setengah jam ini telah banyak mengupas berkenaan bagaimana sunnah rasullullah SAW boleh kita terapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan mengajak semua hadirin untuk kembali mengamalkan sunnah rasullullah didalam kehidupan seharian. Diakhir program para hadirin diberi peluang untuk mengajukan soalan berkaitan dengan kemusykilan agama.

Sambil mendengar ceramah, pada malam itu juga diadakan jualan buku-buku ilmiah oleh Telaga Biru Sdn Bhd dan produk-produk pemakanan sunnah oleh para peniaga barangan muslim.



Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar dan hadirin bersurai lebih kurang jam 11.30 malam.

P/S - Sedikit biodata mengenai panel jemputan kali ini. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang pada tahun 1990 kemudian melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (PhD.) Linguistik dari UM. Berpengalaman sebagai pensyarah selama lebih kurang 10 tahun di UIAM. Beliau aktif dalam penulisan buku-buku ilmiah dibawah syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan kini menjawat jawatan Pengarah Urusan. Dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2014. Dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka pada November 2015 dan membawa gelaran Datuk. http://www.telagabiru.com.my








admin/gj...

Selasa, 5 Januari 2016

Malam Anugerah Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru 2016

Khamis, 31 Disember 2015 - Satu majlis tahunan "Malam Anugerah Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru" telah dianjurkan oleh JKKK Sungai Machang. Majlis yang bermula seawal jam 7.00 malam ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah di Surau Al-Mansuriah diikuti dengan majlis bacaan Yaasiin serta doa selamat. Selepas Isyak diadakan pula solat hajat. 

Turut hadir didalam majlis ini ialah 
YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat serta Tn. Hamidi AHassan Penyelaras DUN Semenyih dan isteri Pn. Asiah Dahalan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat.

Lebih kurang jam 9.00 malam para hadirin telah dijemput ke gelanggang serbaguna dimana akan dijalankan acara penyampaian anugerah cemerlang bagi anak-anak yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PSRA dan juga PT3. Anugerah-anugerah lain adalah "Anugerah Jasamu Dikenang" bagi memperingati jasa individu yang banyak membantu disebalik tabir bagi kemajuan dan kesejahteraan Kampung dimana penerima anugerah ini bagi tahun 2015 ialah En. Mat Zin bagi kategori lelaki dan Pn. Shamsiah bagi kategori wanita. Dan "Anugerah Ahli JKKK Cemerlang" jatuh kepada Saudara Fazil Zakariah dimana ahli JKKK ini banyak membantu didalam perjalanan serta program yang telah dirancang oleh JKKK didalam tahun 2015. 

Kesemua anugerah telah disampaikan oleh YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat serta Tn. Hamidi AHassan.

 
Pada malam itu juga turut disampaikan sumbangan "Back To School" dimana seramai lebih kurang 20 orang anak-anak yang terpilih telah diberikan sumbangan berupa beg sekolah. Juga disampaikan sumbangan alat tulis untuk anak-anak yang berumur dari 6 tahun hingga ke 12 tahun.

Selesai penyampaian anugerah dan sumbangan hadirin semua dijemput untuk menjamu selera. Sambil menjamu selera acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah.



YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat serta Tn. Hamidi AHassan terpaksa meninggalkan majlis lebih kurang jam 10.30 malam kerana ada majlis lain yang perlu mereka hadiri. Namun begitu majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sukan dimana acara sukan ini telah diadakan dalam bulan Oktober yang lalu. Hadiah sukan telah disampaikan oleh Pengerusi JKKKP Tn. Haji Johari Abdul Aziz. 

Sementara menunggu acara kemuncak detik 12.00 malam, acara cabutan bertuah serta teka nama filem-filem Tan Sri P.Ramlee telah diadakan. Tiba ketika detik 12.00 malam para hadirin telah dipersembahkan dengan acara bunga api menandakan masuknya tahun baru 2016.

Majlis bersurai lebih kurang jam 12.30 malam selepas selesai acara bunga api yang sungguh meriah sekali.





Admin/GJ