Isnin, 28 September 2015

Gotong-Royong Ibadah Korban & Aqiqah 1436H

Pada 24 September 2015 yang lalu satu gotong-royong ibadah korban telah diadakan sepertimana tahun-tahun yang lalu. Seperti biasa JKKK Kg. Sungai Machang telah bekerjasama dengan Surau Al-Mansuriah dimana, telah membahagikan tugas kepada ahli-ahlinya untuk menyelia ibadah korban.

Alhamdulillah tahun ini sebanyak 4 ekor lembu serta 5 ekor kambing telah berjaya disempurnakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli Qariah Surau Al-Mansuriah Kg. Sungai Machang.

2 ekor kambing aqiqah telah dimasak pada hari tersebut dan dijamukan kepada semua yang hadir membantu ibadah korban pada hari tersebut. Daging-daging korban telah mula diedarkan seawal jam 12.00 tengahari dan selesai kira-kira jam 3.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam gotong-royong berkenaan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.


Ahad, 27 September 2015

Aidil Adha Tradisi Diteruskan

Pada malam 10 Zulhijjah 1436 (23 September 2015) Biro Agama Dan Kebajikan dengan kerjasama Surau Al-Mansuriah Kg. Sungai Machang telah mengadakan program takbir hari raya dari rumah ke rumah sempena Hari Raya Aidil Adha. Program bermula setelah selesai Fardhu Isyak berjemaah disurau.

Pada tahun-tahun yang lalu ia diadakan hanya dirumah-rumah ahli JKKK sahaja. Namun begitu pada tahun ini program ini telah mendapat sambutan dikalangan beberapa penduduk. Sekurang-kurangnya 40 orang telah menyertai rombongan kali ini dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas.

Rombongan takbir hari raya tahun ini turut disertai oleh Penyelaras DUN Semenyih Tuan Hamidi A.Hasan. Beliau berharap agar JKKK Kg. Sungai Machang dapat meneruskan tradisi ini ditahun-tahun mendatang. Ini kerana ia dapat menghidupkan suasana malam Hari Raya Korban.

Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.












Selasa, 22 September 2015


Hi-Tea Sempena Hari Wanita Peringkat Kg. Sg. Machang

Pada 16 September 2015 yang lalu Biro Hal Ehwal Wanita telah mengambil peluang sempena Cuti Hari Malaysia untuk mengadakan Hari Wanita peringkat Kg. Sg. Machang buat julung-julung kalinya.

Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kaum wanita Kg. Sg. Machang. Berbagai-bagai program telah berjaya dijalankan. Ketua Biro Wanita Pn. Hazizah Saad berharap program ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Asiah Dahalan isteri kepada Penyelaras DUN Semenyih iaitu Tuan Hamidi A.Hasan.

















Admin/GJ