Khamis, 31 Disember 2015

Temasya Sukaneka Rakyat


27 Disember 2015, Kg. Sg. Machang - Satu program sukan telah dianjurkan oleh Temasya Sukaneka Rakyat" telah diadakan di padang bolasepak. Program ini disamping bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara penduduk ia juga bertujuan bagi mengenengahkan permainan/sukan tradisional yang telah lama dilupakan oleh masyarakat sekarang dimana, anak-anak muda sekarang lebih cenderung kepada gadjet-gadjet moden.
JKKK Kg. Sg. Machang yang diberi nama "

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana banyak keluarga yang hadir bersama anak-anak mereka. Penyertaan adalah daripada anak-anak berumur 5 tahun sehinggalah ke warga emas.

Program yang berlangsung selama sehari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan disambung semula pada jam 2.00 petang sehingga ke 6.30 petang.

Antara acara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah seperti bawa bola ping-pong menggunakan sudu, tiup belon hingga pecah, rebut kerusi berirama, teng-teng, permainan gasing, pusing gelung rotan, skipping gelung rotan, lari dalam guni, baling tin, lastik tin, boling padang, anyam ketupat, kopek buah kelapa dan parut menggunakan kukur (acara suami isteri) dan kemuncaknya adalah acara tarik tali.
Terima kasih diucapkan kepada YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat yang telah sudi hadirpada sebelah petangnya untuk acara perasmian dan menjadi pengadil acara kemuncak iaitu tarik tali. Didalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan tahniah kepada JKKK Kg. Sg. Machang diatas usaha bagi menganjurkan acara sukan rakyat ini. Menurut beliau disamping untuk mengeratkan silaturrahim sukan ini juga adalah baik untuk menjaga kesihatan kita.

Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Dr. Che Rosli pada petang itu. Majlis bersurai tepat jam 7.00 malam selepas acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.




 (Tn Haji Bakhtar menunjukkan kebolehan beliau bermain teng-teng..hehehe)


















 admin/gj

Selasa, 29 Disember 2015

Sambutan "Maulidurasul" Peringkat Kg. Sungai Machang

24 Disember 2015, Jalan Sungai Lalang - 12 Rabiulawwal 1437H, Satu majlis sambutan bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW telah berlangsung di Kg. Sungai Machang, Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi Kg. Sungai Machang.

Majlis yang dianjurkan oleh JKKK dan AJK surau Al-Mansuriah Kg. Sungai Machang pada kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli qariah. Turut serta dalam majlis kali ini adalah Penyelaras DUN Semenyih iaitu Tn. Hamidi AHassan.

Majlis bermula seawal Jam 6.45 petang, dimana semua ahli qariah berarak membawa sepanduk sambil berselawat sejauh lebih kurang 1 KM dari Surau Al-Mansuriah. Perarakan yang sangat meriah ini disertai oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah ke warga emas.

Selepas solat Maghrib satu ceramah khas yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Effendi yang dijemput khas. Sebelum ceramah bermula para jemaah diminta berselawat bagi memuji rasul junjungan kita Muhammad SAW.

Dalam ceramah khas yang berlangsung lebih kurang 1 jam pada malam itu Al-Fadhil Ustaz telah berkongsi tentang perwatakan Nabi kita Muhammad SAW agar dapat menjadi ikutan dan contoh dalam kehidupan kita seharian.

Selepas solat Isyak berjemaah para jemaah telah disajikan dengan jamuan yang telah disediakan oleh JKKK dan AJK Surau Al-Mansuriah. Ribuan terima kasih kepada individu yang telah menyumbangkan seekor kambing untuk disajikan pada malam itu.

Majlis telah bersurai lebih kurang jam 10.30 malam.







admin/gj

Isnin, 7 Disember 2015

Kampung Sungai Machang Mengungguli Acara "Bowling Keluarga Fastaqim Peringkat Dun Semenyih"

5 Disember 2015, Kajang - Ahli JKKK Sungai Machang mengungguli kategori veteran bagi acara "Bowling Keluarga Fastaqim Peringkat Dun Semenyih" yang telah diadakan di Ampang Superbowl di Plaza Metro Point, Kajang.

Acara yang dianjurkan oleh PAS kawasan Hulu Langat
dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semenyih ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli B. Che Mat ahli Parlimen Hulu Langat seawal jam 10.30 pagi.

JKKK Sungai Machang telah menghantar seramai 6 orang wakil didalam kejohanan ini dimana 5 orang untuk kategori veteran dan satu orang untuk kategori remaja.

Tahniah kepada saudara Muzammil Osman dan saudara Fazil Zakaria dari JKKK Sungai Machang kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dan kedua dalam kategori veteran (40 tahun keatas).

Acara ini telah tamat pada pukul 12.30 tengahari dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Penyelaras DUN Semenyih, Tuan Hamidi AHassan.



Jumaat, 4 Disember 2015

Program-Program Dalam Bulan Disember 2015

Antara program-program yang bakal dijalankan dalam bulan Disember ini oleh JKKK Sungai Machang adalah seperti berikut :-


MAULIDURASUL 



Yang akan diadakan pada 24hb Disember 2015 bersamaan 12 Rabiulawwal 1437 Hijrah. Antara initipati sambutan yang akan diadakan seperti biasa tahun-tahun lalu perarakan sambil berselawat oleh ahli qariah yang bakal bermula jam 6.30 petang. Dan ceramah agama selepas solat Maghrib oleh Ustaz yang bakal dijemput khas oleh AJK Surau Al-Mansuriah. Semua ahli qariah dijemput hadir.


SUKANEKA RAKYAT 


Bakal diadakan pada 27hb  Disember 2015 jam 9.00 pagi. Sukan yang akan mengenengahkan acara-acara sukan rakyat/kampung. Semua penduduk Kampung Sungai Machang dijemput hadir bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana dan boleh merapatkan silaturrahim antara penduduk.



MALAM ANUGERAH CEMERLANG DAN SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2016
Acara yang bakal berlangsung pada 31hb Disember 2015 selepas solat Isyak ini merupakan acara tahunan untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PSRA & PT3 serta kepada ahli JKKK yang cemerlang dan juga anugerah jasa mu dikenang. Sama-sama kita menunggu detik 12.00 malam untuk menyambut tahun baru 2016. Semua penduduk dijemput hadir.








admin/GJ