
para ibu tunggal yang ada didalam Kg. Sg. Machang.

Majlis yang bermula seawal jam 2.00 petang itu telah dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat. Didalam ucapan, beliau menyarankan agar ibu-ibu tunggal ambillah peluang yang telah disediakan oleh kerajaan yang mana merupakan program-program yang boleh menjana ekonomi keluarga. Pemimpin masyarakat seperti wakil-wakil rakyat, penghulu dan
Jawatankuasa Keselamatan Kampung boleh masing-masing
mengenalpasti kumpulan sasar ini di tempat masing-masing,
menyenarai utamakan kes-kes ibu tunggal mengikut permasalahan
dan mengambil tindakan untuk membantu dari aspek kebajikan dan
lain-lain.
Turut hadir menyerikan majlis ialah Tn. Hamidi AHassan selaku Penyelaras DUN Semenyih serta isteri Pn. Asiah Dahalan, ketua kampung Tanjung En. Jaafar Hodri serta isteri, ketua kampung Sentosa Tn. Haji Khairuddin Long dan ketua kampung Rinching Hulu Tn. Haji Raja Zazman.
Selaku Ketua Biro Wanita, Puan Hazizah Saad didalam ucapan, beliau amat menyanjungi para ibu tunggal yang tabah mengharungi hidup membesarkan anak-anak dan menjadi ketua keluarga. Disamping itu juga beliau mengajak mereka untuk bergiat aktif dalam masyarakat supaya tidak terasa terpinggir. Turut memberi ucapan didalam majlis ini adalah Pn. Asiah Dahalan yang telah menyampaikan serangkap puisi. Ketua kampung Sungai Machang Tuan Haji Bakhtar Abdul Rahaman dalam ucapannya menyatakan bahawa setiap kejayaan sesebuah organisasi pasti ada penglibatan kaum wanita didalamnya dan seharusnyalah diadakan Hari Wanita ini bagi mengiktiraf para wanita.
Selesai upacara perasmian, YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat, Tuan Hamidi AHassan serta semua para tetamu lelaki diminta untuk meninggalkan majlis untuk ke program "Ziarah Mahabbah" yang telah dirancang oleh JKKK dengan kerjasama Penyelaras DUN sementara sambutan Hari Wanita diteruskan dengan acara-acara yang telah disediakan.
Selesai upacara perasmian, YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat, Tuan Hamidi AHassan serta semua para tetamu lelaki diminta untuk meninggalkan majlis untuk ke program "Ziarah Mahabbah" yang telah dirancang oleh JKKK dengan kerjasama Penyelaras DUN sementara sambutan Hari Wanita diteruskan dengan acara-acara yang telah disediakan.
Berbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan "Gubahan Tuala" dan juga acara santai bersama-sama para wanita yang hadir. Pertandingan "Gubahan Tuala" telah dimenangi oleh Puan Norlailah Majid dengan gubahan yang diberi nama "Kasih Ibu Kepada Anak", Puan Norsiah Majid ditempat kedua dengan gubahan yang diberi nama "Curahan Kasih" dan Puan Norhatikah ditempat ketiga. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Asiah Dahalan.
Majlis telah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada solat asar serta sedikit jamuan telah disediakan dan telah disambung semula dengan acara penyampaian anugerah cemerlang SPM 2015 serta sumbangan. Seramai tiga orang pelajar telah menerima anugerah cemerlang pada tahun ini yang telah disampaikan oleh YB Dr. Che Rosli Bin Che Mat.
Majlis telah bersurai lebih kurang jam 6.00 petang.
Foto-foto sekitar majlis.
admin/gj
Tiada ulasan:
Catat Ulasan