Bangi, 29 November 2015 - Jawatankuasa Penyelaras Kemajuan Mukim Semenyih (JKPM) telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi meraikan Penghulu Mukim Semenyih En. Adzman Bin Omar yang akan bertukar ke Mukim Batu kerana kenaikan pangkat. Majlis yang diadakan di Bangi Golf Resort ini diserikan lagi dengan kehadiran isteri serta anak-anak Penghulu Adzman. Turut hadir dalam majlis ini semua ketua-ketua kampung Mukim Semenyih serta isteri dan barisan ahli JKKK mereka.
JKKK Sungai Machang telah diberi kepercayaan untuk menguruskan bahagian pentas untuk majlis berkenaan dan Puan Sharul Sima Shariff dari Biro Wanita JKKK Sungai Machang telah diberi mandat bagi mengacarakan majlis berkenaan. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Didalam ucapan Penghulu Adzman Omar beliau tidak menyangka yang majlis meraikan beliau ini dibuat begitu meriah sekali. Beliau berasa amat terharu serta mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penganjur diatas penganjuran majlis ini yang beliau anggap pada mulanya ianya hanyalah majlis makan malam yang biasa-biasa sahaja. Beliau memohon maaf jika sepanjang 10 tahun beliau berkhidmat di Mukim Semenyih ini banyak perkara yang beliau tegur didalam tatacara kerja ketua-ketua kampung mungkin ada yang sehingga menyinggung perasaan. Teguran itu bukannya bermaksud apa-apa cuma bertujuan mendidik. Namun begitu beliau berharap semua ketua-ketua kampung dapat menjalankan
tanggungjawab masing-masing mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan pada masa akan datang.

JKKK kampung-kampung yang berada dibawah Mukim Semenyih turut menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat yang diraikan pada malam itu Penghulu Adzman Omar yang telah disampaikan melalui Ketua Kampung masing-masing.
Majlis bersurai lebih kurang jam 10.30 malam selepas selesai acara bergambar bersama penghulu Adzman buat kali yang terakhirnya oleh kesemua ketua kampung berserta dengan ahli JKKK masing-masing.
Buat Penghulu Adzman Bin Omar suka "admin" mengulangi pantun pengacara majlis pada malam itu.
Raut Wajah Damai Dan Tenang
Tiada Terkalam Kasih Dijunjung
Jasa Baktimu Tetap Dikenang
Budi Baikmu Tetap Disanjung
Foto-foto sekitar majlis berkenaan.

admin/GJ