Pada malam 10 Zulhijjah 1436 (23 September 2015) Biro Agama Dan Kebajikan dengan kerjasama Surau Al-Mansuriah Kg. Sungai Machang telah mengadakan program takbir hari raya dari rumah ke rumah sempena Hari Raya Aidil Adha. Program bermula setelah selesai Fardhu Isyak berjemaah disurau.
Pada tahun-tahun yang lalu ia diadakan hanya dirumah-rumah ahli JKKK sahaja. Namun begitu pada tahun ini program ini telah mendapat sambutan dikalangan beberapa penduduk. Sekurang-kurangnya 40 orang telah menyertai rombongan kali ini dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas.
Rombongan takbir hari raya tahun ini turut disertai oleh Penyelaras DUN Semenyih Tuan Hamidi A.Hasan. Beliau berharap agar JKKK Kg. Sungai Machang dapat meneruskan tradisi ini ditahun-tahun mendatang. Ini kerana ia dapat menghidupkan suasana malam Hari Raya Korban.
Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan